Monday 27 June 2016

Penawar Batu Karang, Senggugut, Prostat

Harini Min nak kongsi penawar bagi penyakit batu karang, penyakit usus, apa-apa penyakit bendasing, prostat, senggugut, masalah haid tidak teratur, masalah kesuburan dengan hanya menggunakan delima.


Caranya
1. Dapatkan buah Delima yang sempurna. Delima yang sempurna bermaksud buah delima yang lengkap kelopak buahnya. Kelopak buah delima berada dihujung buah delima. Jika ada 6 kelopak pastikan kesemua 6 kelopak masih elok tak patah atau rosak. Itu yang dinamakan delima yang sempurna.

2. Untuk rawatan batu karang, penyakit usus, prostat, penyakit bendasing dalam badan, masalah haid tidak teratur atau senggugut kena guna kaedah ini.

3. Ambil bahagian putih buah delima. Bahagian tempat letaknya isi buah delima. Lihat gambar di bawah. Ambil bahagian putih dan kulit buah delima sahaja. Isinya perlu dibuang. Namun untuk masalah kesuburan wanita isinya dimakan bukan kulitnya.

4. Iye bahagian kulit yang digunakan untuk rawatan ini. Kemudian isi putih dan kulit delima direbus bersama 7 gelas air. 1 biji delima mesti direbus bersama 7 gelas air. Jika 2 buah delima perlu direbus bersama 14 gelas air.
5. Air rebusan tadi diminum 1 gelas 1 hari sambil dibaca surah Al-an'am ayat 99 dan ayat 141. Kemudian surah ar-rahman ayat 68.

InshaAllah berkesan. Rawatan ini dikongsi daripada video Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal Perubtan Islam. Boleh klik link ini untuk dengar sendiri videonya.
https://www.youtube.com/watch?v=NhPUzI4IPVs

https://www.youtube.com/watch?v=NhPUzI4IPVs

Friday 19 December 2014

Bekerja di Pizza Hut Delivery

Assalamualaikum...
Hai selamat petang semua..

Semoga semua pembaca sihat selalu bersama orang yang tersayang.
Pejam celik sudah dekat 3 bulan min bekerja sebagai penolong pembantu restoran pizza hut delivery aka assistant restoran manager dekat area Klang ni. Tak perasan masa berlalu begitu cepat. Sekarang dah bulan 12, bulan terakhir 2014. Beberapa hari lagi kita akan ke tahun 2015 Masihi. 

Dan sudah hampir 6 bulan di bandar yang sedang membangun ni. Fuhh...macam-macam pengalaman dirasa. 
Pahit manis semua ada. Kalau diikutkan hati, nak jer balik kampung semula tapi bila difikirkan semula niat pertama kali ke sini kuatkan juga semangat ni. 

Nak kata susah hidup dekat sini tak la juga sebab Min masih ada orang yang ambil kisah. Mak ayah, sahabat handai adalah orang yang paling dekat dan sentiasa menyokong setiap perkara yang Min lakukan. Terima kasih...


Bekerja di Pizza Hut bukan perkara yang semudah yang disangka. Bagi Min sangat mencabar. Banyak lagi kan kerja yang mencabar sebenarnya dekat dunia ni tapi setakat ini, ini antara kerja yang mencabar dan perlukan banyak kesabaran bagi Min buat masa ini.

Banyak pula nak cerita..hehehe
Min bukannya pandai sangat bercerita tapi bila dah mula menaip, mulalah merapu..>.<

Baiklah berbalik kepada cerita asal. Apa yang membuatkan pekerjaan ni mencabar bagi Min ialah Min terpaksa mengorbankan masa untuk diri sendiri dan orang yang tersayang. Sekarang dah kurang masa nak jaga penampilan diri. Macam dah tak terurus pon boleh lah jugak. Seram tengok muka sendiri kat cermin. :(
Pastu mulalah nak  cari produk yang beri kesan cepat tapi lain pula jadinya. Lagi kecewa..hhuhuhu

Bekerja di dalam bidang Fast Moving Consumer Good macam pizza hut delivery ni membuatkan Min terpikir dan merasa dekat dengan kesusahan hidup. Kalau sebelum ni, masa belajar mak ayah selalu hulurkan duit untuk makan minum semua. Walaupun adalah juga buat kerja sambilan tapi tak terasa sangat kesusahan seperti sekarang. Sekarang ni, Min nekad tak nak susahkan lagi mak ayah. Cukuplah dulu diorang susah. Sekarang gembirakan mereka pula. 

Kalau dulu sibukkan diri sebab nak belajar, sekarang sibukkan diri untuk cari sesuap nasi pula. 
Hidup kita sememangnya adalah untuk berjuang mengejar Cinta Allah Yang Maha Esa. In shaa Allah.

Banyak pengalaman yang Min dapat bila bekerja di pizza hut ni. Bila berada dalam bidang ni sendiri, terasa kerdil diri ini. Dengan perangai staff, pelanggan, sistem dan bermacam-macam lagi membuatkan Min sedar yang kita ni patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Perkara yang sering menjadi isu bagi pizza hut delivery ialah LAMBAT. Maksud lambat disini ialah penghantaran pizza yang sepatutnya dalam masa 30 minit jadi lebih lama atau lewat dari masa yang ditetapkan. Bila lambat ada sesetengah pelanggan yang memahami tetapi ada juga pelanggan yang akan marah-marah. Kena marah tu dah menjadi perkara biasa dan disitulah kesabaran Min selalu diuji. Alhamdulillah..Min masih lagi bertahan di sini. 

Tak mengapa sebab disitulah kami di pizza hut meningkatkan mutu kerja kami. Terima Kasih kerana masih memilih Pizza Hut. Kami menghargai Anda..:)

Tips untuk Membeli Pizza

Disini ada beberapa tips bagi anda yang tak nak mengalami atau melalui pengalaman penghantaran lewat ke tempat anda. Perkara paling utama yang ada perlu ada adalah kesabaran. Mungkin ada sebab kenapa Pizza anda lambat. Salah satu ialah masa dan tarikh yang tepat untuk anda buat pesanan. 

1. Waktu malam sering menjadi pilihan pelanggan beli pizza hut. Waktu sibuk selalunya waktu makan malam antara 7 hingga 9 mlm. Jadi mungkin anda boleh lambat cikit dari waktu nya. Sekitar pkul 9 malam keastas atau sebelum 7 malam. Kalau tak nak ada masalah sangat la. Tapi kalau lambat mungkin sebab lain.
2. Pilih tempat yang tepat. Kalau di kawasan pejabat , selalunya sibuk waktu makan tengah hari. Tetapi kalau kawasan perumahan akan sibuk diwaktu malam. Jadi buatlah pilihan.
3. Pilih hari yang tepat. Kebiasaanya, hari isnin sampai jumaat tak sibuk sangat tapi sabtu dan ahad kebiasaanya sibuk. 
4, Pilih tarikh yang tepat. Awal bulan orang syok membeli belah. Perkara yang sama sering berlaku di pizza hut. Jadi keputusan di tangan anda. Hewhew..

4 tips diatas adalah untuk membantu anda mengalami pengalaman yang kurang memuaskan hati. Tetapi kalau anda alami juga pengalaman yang kurang memuaskan hati, janganlah mudah melatah. Sabar ye. Bukan Pizza hut sahaja yang mengalami masalah kelewatan, ada juga syarikat penyedia piza yang mengalami perkara yang sama. 

Sabar itu sebahagian daripada Iman. Ye dok..


Sesiapa yang nak pesan pizza Hut bolehlah buat panggilan ke 1300 88 2525 ataupun pesanan atas 
talian http://www.phdelivery.com.my ..











Monday 1 December 2014

2 Disember 2014 - Pemandu Teksi yang baik hati Shah Alam

Alhamdulillah...permulaan hari ini dimulakan dengan penuh kesyukuran.

Harini Min nak cerita pasal seorang pemandu teksi yang baik hati Min jumpa harini. Macam biasa la Min perlu naik teksi ke tempat kerja sebab kawan Min yang biasa tumpangkan Min ke tempat kerja kena kerja pagi. Jadi Min pun naiklah teksi.

Ada seorang pemandu teksi berbangsa India berumur dalam linkungan 40an sedang menunggu pelanggan di tepi jalan depan tempat tinggal Min. Min pun bertanyakan pakcik tu sebab dah tak ada teksi lain selain teksi pakcik tu. Rupa-rupanya pakcik tersebut sedang menunggu pelanggan tetapnya. Min pun nak ke Bandar Baru Klang jadi naiklah sekali dengan pelanggannya yang nak ke Bukit Jelutung. Walaupun sedikit jauh tapi Min naik juga sebab dah terasa lambat nak ke tempat kerja.

Min duduk tempat duduk depan bersebelahan pemandu. Ok set..Kitaorang pun bertolak ke destinasi seterusnya.

Macam biasa la Min akan catat nama teksi yang membawa Min bila masuk sahaja mana-mana kereta. Min memang macam ni. Jadi jangan pelik.

No plate : HB9521 
Pemandu : Gunasageran a/l Nagodran

Dalam perjalanan ke tempat kerja Min, banyak yang kami bualkan. Antara pengalamannya ialah jumpa bermacam-macam ragam manusia. Ada yang baik, ada yang tidak. Antara pesanannya pada Min untuk berhati-hati, jangan bercakap dengan orang yang tak tentu. Jangan terlalu mengejar wang ringgit nanti maruah tergadai macam yang terjadi pada sesetengah pelajar sekarang. 

Banyak la juga cerita yang pakcik Gunasageran ni kongsikan. Bila hampir sampai ke tempat kerja Min. Min bertanyakan berapa harga tambang teksi. Dia gurau minta RM50. Terkejut Min bila dengar. Rupa-rupanya pakcik ni gurau jer. Pastu Min hulur RM20 sebab tak ada duit pecah. Kebiasaannya tambang dari rumah Min ke tempat kerja lebih kurang RM16. Kemudian pakcik Gunasageran bertanya pada Min "adik ada duit tak ni" Min dengan berat hati cakap ada. Tapi pakcik Gunasageran pulangkan balik RM10 pada Min. Jadi tambang teksi Min harini hanya RM10. 

Alhamdulillah. semoga murah rezeki pakcik ni. Disebabkan kebaikan pakcik Gunasageran hari ni, Min tersenyum kerana Allah masih mengingatkan Min masih ada lagi makhluknya yang baik hati dalam dunia ni. Min doakan rezeki Pakcik Gunasageran ni bertambah dan dianugerahkan kesihatan untuk dibukakan hatinya membantu lebih ramai orang. 

Sebenarnya Min ada ambil no tel pakcik ni tapi tak pasti berapa nombornya. Bila ada nanti Min update la lg